Monday, September 12, 2011

---Tip untuk ibu bapa ---

• Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
• Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
• Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
• Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
• Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.


From: Linda


Besarkah Nilai Pengorbanan Isteri?

Jom kita kongsikan kisah ini...Linda dapat dari rakan tempat kerja utk dikongsi bersama  ----<@
Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia
hilang atau sudah tiada……….
Dengan sekian banyak perkara yang isteri lakukan untuk suami, sepatutnya suami adalah orang yang paling tahu dan paling faham akan pengorbanan isterinya. Malah bukan sekadar faham, tetapi juga paling banyak memberi penghargaan kepada isteri atas segala pengorbanan si isteri.
Bagaimana hendak mengukur besarnya nilai pengorbanan isteri? Bagaimana pengorbanan isteri ini hendak dirasakan oleh suami sebagai pengorbanan? Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia hilang atau sudah tiada. Misalnya, berharganya nilai kesihatan dalam hidup akan benar-benar dirasai waktu ditimpa sakit. Kerana itu dikatakan bahawa ‘mahkota’ sihat hanya dapat dilihat oleh orang yang sakit. “Kesihatan adalah ibarat mahkota yang terletak di atas kepala orang yang sihat, tetapi tiada yang dapat melihatnya kecuali orang yang sedang sakit,”, demikian kata hukamak. Kalau begitu, nilai pengorbanan isteri akan benar-benar dirasai hanya bila isteri tiada di sisi atau terlantar sakit. Waktu itu suami akan benar-benar terasa kehilangan. Terasa seperti putus sebelah tangan atau pincang sebelah kaki. Sebab itu ramai suami yang cukup bimbang jika isteri sakit. Siapa hendak hidangkan makanan, siapa hendak sediakan pakaian waktu hendak pergi kerja, siapa hendak uruskan anak-anak, siapa hendak buat itu dan buat ini. Waktu itu suami akan sangat berterima kasih kepada isteri yang selama ini membantu membereskan banyak urusan dan melakukan pelbagai kerja di rumah.
Baru terasa bahawa si isteri yang dianggap mempunyai banyak kelemahan atau kekurangan itulah yang menjadikan kehidupan suami lebih terurus. Dalam serba kekurangannya, si isteri itulah yang menjadi penyeri dan pelengkap dalam rumah tangga. Bila dia tiada di sisi, hilang segala seri. Terasa pincang perjalanan rumahtangga. Waktu itu baru terasa bahawa tidak patut isteri ini dimarah-marah kalau dia buat silap.Sedikit ‘demerit’, kesalahan atau kealpaan yang dibuatnya tidak patut membuatkan suami lupa pada segala susah payah dan pengorbanannya. Dan sepatutnya isteri ini sentiasa diberi kalungan penghargaan. Sebab itu, Rasulullah s.a.w tetap mengenangkan Siti Khadijah selepas ketiadaannya walaupun baginda telah berkahwin dengan Siti Aisyah yang lebih muda, cantik dan cerdik.
“Ya Allah selamatkanlah suami kami, sejahterakanlah kesihatannya. Permudahkanlah urusannya dengan sesama manusia. Jadikanlah ia hamba yang sentiasa mendamba kasihnya kepadaMu ya Allah. Tautkanlah sepenuh kepercayaan dan amanah antara kami bersama. Panjangkanlah umur suami kami, juga umur kami agar sempat kami mendidik generasi kami menjadi insane soleh.”
Para suami………Bukan mudah untuk kami menggadaikan maruah kalau bukan kepada kalian yang sah dinikahi. Pengorbanan ini hanya sanggup kami lakukan atas ikatan yang memang Allah muliakan…..Ketahuilah para suami, gembiralah hati ini bila berlakunya perubahan pada diri biarpun terpaksa memual loya berbulan-bulan. Meskipun kami tahu diri akan bertarung dengan maut di saat melahirkan, namum detik itu dinanti-nantikan dengan penuh gembira. Apa tidaknya, sesekali berbonjol perut disenggul siku anak dalam kandungan terasa indahnya menyaksikan kejadian Tuhan……………..
Air mata kami mengalir bila ada suami yang saban pagi sepanjang tempoh berpantang mengusap wajah isteri dengan tuala suam panas sambil menghulurkan batu tungku, “terima kasih di atas pengorbanan sayang. Terima kasih melahirkan anak kita.” Oh, alangkah bahagianya bila semua suami mengungkapkan kata-kata indah itu pada kami. Kalian rela membuangkan sejauh-jauhnya ego dan rasa malu dalam menutur bicara itu. Bukan kami mengharap dibalas emas berbungkal di atas pengorbanan ini tapi bisikan kasih, sayang itu cukup bererti buat kami.
Ya Allah….. Terasa agungnya kebesaranMu tatkala para suami menadah tangan memohon keampunan di atas kelemahan-kelemahan isterinya, meredhai jodoh yang telah diamanah untuk dididiknya, mensyukuri nikmat dan harga sebuah kesabaran sepanjang hidup bersama………

Hari tukar status..hehehe..

Salam semua...hehehe...gambaq ni aku telah selesai di statuskan menjadi isteri org...tup tup tup..hampir setahun setengah di engagement kan ..aku di ijabkabulkan dgn suami tercinta (Azhar Bin Hussin). Tepi aku 2 my sister,merangkap penutup family ku...dia ank ke 11 from 12 beradik...waduh 2..ramai berbangat...hahaha..Aku diijabkabulkan di Masjid kuala Kurau, Perak..(tarik keramat ku at 22.12.2007).Alhamdulillah sepanjang perkahwinanku tiada sebarang permasalahan yg berat tak dapat aku tanggung lagi..moga 2 begitula sehingga keakhirnya...yg sikit 2 biasa la..
“Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula kita...manusia...”yer tak yer tak???

Thursday, September 8, 2011

Tentang Gambar

---<@ Aku with my Prince (Muhammad Afiq Bin Azhar).Nama yang ku pilih dari dlm kandunganku lagi..Masa ni afiq baru 4 month..Baru dok merangkak & belajar pungah barang..hahaha.budak 2 memang macam 2 @>---

My family masa Hari Raya Aidilfitri 2009 & 2010


Tuesday, September 6, 2011

Family kak Fatimah
Along, Ecah n Ayong..(anak saudara n adik)
Kak diah &  anak - anak..mana abg nan ???)
-Family Kak Mal sekeluarga-
Kak Ju sekeluarga - X cukup lagi 2 org..
Family Habsah n arwah Din bin Teh (raya Aidilfitri 2011)


-  Afiq n Wan Hussin -

Salam....Today, nak story cikit Bila tengok gambar ni..teringat aku di satu masa lalu..hehehe..
Lokasinya Dekat depan klinik Dr. sing di Gurun, KEDAH..
Time ni afiq demam, batuk berkahak n nak dikatakan dgn mudah memang dia sedang sakit...
Masa ni afiq dok dgn tok n wan dia lagi di kg. Yan (afiq dok kg hampir 1 thn 1/2  after 4 bulan dilahirkan)..
Afiq la Cucu Sulong di sebelah husband aku..Tapi di sebelah family ku dia no ke -31..hehehe (ramai dah cucu mak aku)...Berbalik kepada gambaq ni....tok wan memang risau n tak boleh dok diam klu cucu dia sakit n mkn cikit - (x lalu mkn)...pendekkan cerita..bila masuk jumpa Doktor, tok wan n tok ma tak mau masuk sekali dlm bilik PEMERIKSAAN..dia tak sanggup tengok cucu dia ni..maklum la....afiq batuk ada kahak, masa 2 dia baru 9 bln....jadi Doktor 2 nak pam la kahak dia....memang la kena wat kasar cikit,,mat afiq pula bukan boleh org dok pegang n periksa 2 dia.....dia kecik lagi,,tak tau apa 2 pun..aku ni sebagai ibu dia memang sanggup tengok anak aku di buat begitu n memang aku la selalu paksa dia mkn ubat walaupun dgn cara kekerasan..niatku hanya 1, agar afiq cepat sembuh dari segala penyakit......Tak guna kita g bawa jumpa Doktor n ambil ubat..tapi tak bagi dia mkn ubat...
Lastly : moral of the story: sayang anak ditangan - tangankan...
(jgn di tangankan depan tok n wan..nanti lain pula jadinya (faham 2 ja la...)


 
Afiq bergambar bersama Tok Ma n Wan Hussin (year 2010)

Monday, September 5, 2011




Afiq---Ibu---Abah


 Lovely couple... (hehehe)

Ya allah...semoga hubungan kami sekeluarga berkekalan ke akhirnya..
Juga dilindungi dari perkara yang boleh mengurangkan kasih sayangMu..
Ku bermohon agar keluarga ku di rahmati  olehNya..

kad raya 2011 dari abg:
 madah kata yg mengusik jiwa:

Dikala Cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan,
Dikala kasih terusik, Rasulnya jadi Pilihan,
Dikala Rindu Berdetik, Kebahgian kita moga berkekalan...

Ibu Afiq